Sejarah Proton Wira

Proton Wira diperkenalkan pada tahun 1993 sebagai kereta sedan 4-pintu dan berasaskan rekabentuk Mitsubishi Lancer 1992, tetapi dengan sedikit perubahan bagi membezakannya berbanding Lancer.

Perubahan termasuk lampu hadapan dari Mitsubishi Colt 1992, lampu belakang dari Mitsubishi Galant hatchback 1987, bumper dari Mitsubishi Mirage dan papan muka yang berbeza. Reka bentuk hadapan diteruskan dengan gaya yang pertama kali dipaparkan pada Proton Iswara dengan bonet bertingkat yang mengunjur pada logo Proton pada gril.

Enjin Mitsubishi Orion 1.5-litre 12-valve digunakan bagi Iswara dan sebelumnya dibawa pada Saga tanpa diubah. Enjin Mitsubishi 4G9 112ps 1.6L 16-valve SOHC dengan suntikan bahan api multi-point diperkenalkan bersama dengan transmisi automatik 4-kelajuan pilihan.

Pada tahun 1994, versi hatchback 5 pintu diperkenalkan. Pada awalnya ia diperkenalkan sebagai Wira Aeroback, seperti Saga hatchback 5 pintu, sungguhpun nama Aeroback selepas itu dihapuskan.